Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (kanan) bermain alat muzik sape yang diterimanya sebagai cenderamata daripada Denys Antas (tengah). Foto: TVS

Kerjasama, kepimpinan baik kunci kejayaan organisasi

KUCHING, 26 Nov: Kerjasama yang baik disertai dengan pemimpin yang mempunyai perancangan dan hala tuju yang jelas merupakan kunci kejayaan sesebuah organisasi.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sesebuah organisasi akan gagal berfungsi dengan baik jika memiliki pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai wawasan.

Katanya, kepimpinan itu juga harus diberikan sokongan dan kerjasama yang erat dalam organisasi bagi memastikan ia dapat berjalan lancar dan baik

“Jika anda gagal berkerja secara berkumpulan dalam sesebuah organisasi, tidak kira bagaimana berwawasan pemimpin anda, tidak kira berapa banyak perancangan telah dibuat, bagaimana cantiknya perancangan tersebut, anda tidak akan melihat kejayaan.

“Oleh itu, seorang pemimpin hanya ada satu. Bagi memastikan sesebuah organisasi, bekerjasama dengan baik, anda perlu mempunyai seorang ketua. Anda tidak boleh mempunyai dua ketua dalam sesebuah organisasi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahunan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1 (Kesihatan Awam dan Perumahan), Datuk Dr Penguang Manggil.

Beliau turut menyeru kakitangan LKTS untuk saling berkerjasama dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka dalam lembaga.

Ujar beliau, selaku pepimpin, Pemangku Pengurus Besar LKTS, Denys Antas mempunyai perancangan yang baik dalam membangunkan lembaga itu pada tahun hadapan, namun perancangan itu akan gagal sekiranya ia tidak mendapat sokongan warga kerja LKTS

“Jika anda fikir anda tidak melakukan (pekerjaan) dengan baik, kerja keras.Jika anda fikir anda telah melakukan (pekerjaan) dengan baik, teruskan secara berterusan dan pastikan anda sentiasa anda bergerak ke hadapan secara positif,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan