Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah melawat kebun lada di Kampung Begu, Padawan, sempena Trek Komoditi Zon Sarawak 2023, hari ini.Foto, TVS.

Jumlah eksport lada Malaysia berkurangan

ByAhmad Burhanuddin

PADAWAN, 26 Nov: Malaysia pada masa ini menghasilkan jumlah eksport sebanyak kira-kira 6,779 tan metriks lada ke luar negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagaimanapun angka itu masih rendah berikutan jumlah pemain industri berkenaan semakin berkurangan di negara ini.

“Sebab itu, kita memberikan tumpuan untuk menggalakkan rakyat terlibat dengan penanaman lada.

“Kita merupakan yang kelima tertinggi di dunia (bagi pengeluaran lada) dan negara yang tertinggi sekarang ini ialah Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kebun lada di Kampung Begu, di sini hari ini sempena Trek Komoditi Zon Sarawak 2023.

Galak pekebun kecil manfaat teknologi IoT dalam penanaman lada – Fadillah

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kementeriannya turut melaksanakan usaha penyelidikan terhadap pengeluaran benih lada yang berkualiti tinggi, tahan kepada penyakit dan boleh mengeluarkan hasil yang lebih banyak.

“Pada masa sama, kita juga melihat pada proses penanaman. Contohnya, sekarang ini jika kita lihat penanaman di lereng bukit terdapat penggunaan kayu belian yang dipotong dan sebagainya.

“Namun bekalan kayu sudah semakin berkurangan, oleh itu kita sudah perkenalkan jenis kayu yang baharu untuk penanaman,” katanya.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan