Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof memetik buah lada semasa melawat kebun lada di Kampung Begu, Padawan sempena Trek Komoditi Zon Sarawak 2023, hari ini.Foto, TVS.

Galak pekebun kecil manfaat teknologi IoT dalam penanaman lada – Fadillah

ByAhmad Burhanuddin

PADAWAN, 26 Nov: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggalakkan pekebun kecil memanfaatkan kaedah penanaman lada menggunakan Internet Pelbagai Benda (IOT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, KPK mahu memperkenalkan pertanian pintar dan pertanian jitu dalam sektor penanaman lada di negara ini.

“Dalam tempoh percubaan, kita bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa pihak lain, jika ia berjaya, kita akan ‘replicate’ dan sampaikan kepada semua pekebun kecil yang terlibat.

“Langkah ini dibuat agar mereka boleh menanam dengan cara yang lebih baik lagi dengan mengaplikasikan teknologi baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke kebun lada di Kampung Begu, di sini, sempena Trek Komoditi Zon Sarawak 2023, hari ini.

Projek ladang hutan di Hutan Simpan Sabal dilaksanakan di bawah RMK-13, kata TPM Fadillah

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Sementara itu Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pusat penyelidikan untuk mengkaji teknologi tersebut terletak di Semenggoh dan sudah berfungsi sekarang ini.

“Buat masa ini kita sentiasa mengambil data dan sebagainya mengenai pendekatan teknologi baharu itu.

“Kajian sudah bermula pada Ogos tahun lepas dan kita berharap kajian ini akan siap pada penghujung tahun depan atau pada 2025,” katanya.

Sehubungan itu, Fadillah berkata, semua agensi terlibat turut akan memberi sokongan dari segi teknikal, khidmat nasihat dan latihan dalam peralihan ke arah teknologi baharu bukan sahaja dalam sektor lada tetapi juga sektor-sektor yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan