Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 2,500 anak pokok tempatan berjaya ditanam di bawah projek Hutan Pendidikan Takasago-UNIMAS bagi menyokong kempen kerajaan negeri dalam menghijaukan Sarawak. Foto: UNIMAS

2,500 anak pokok tempatan ditanam menerusi projek Hutan Pendidikan Takasago-UNIMAS

ByAmirah Shawel

KOTA SAMARAHAN, 26 Nov: Menyokong kempen Kerajaan Sarawak menghijaukan negeri ini, sebanyak 2,500 anak pokok tempatan berjaya ditanam di bawah projek Hutan Pendidikan Takasago-UNIMAS.

Pengarah Projeknya, Profesor Madya Dr. Mohd Effendi Wasli berkata, program yang memasuki tahun keenamnya itu bertujuan mendedahkan kepentingan penjagaan hutan melalui pendidikan kepada anak muda.

“Projek ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda tentang kepentingan memulihara dan memelihara hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada projek Hutan Pendidikan Takasago-UNIMAS di sini, hari ini.

Selain pelajar dan kakitangan UNIMAS, projek berkenaan turut disertai oleh wakil dan sukarelawan Takasago Thermal Engineering, pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun dan masyarakat setempat.

Projek yang bertemakan ‘Memperkasa Kepentingan Hutan melalui Pendidikan’ itu juga memberi peluang kepada pelajar UNIMAS untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyokong agenda pembangunan global Matlamat Pembangunan Lestari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Turut hadir pada projek berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Ir. Ts. Dr Al-Khalid Othman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan