Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia akan mula beroperasi pada 1 Disember depan. Foto: Tengku Zafrul (FB)

Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia beroperasi 1 Disember – MIDA

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia atau Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) akan mula beroperasi pada 1 Disember ini.

IMFC ditubuhkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merupakan pusat sehenti bagi hal-hal berkaitan pelaburan yang terletak di ibu pejabat MIDA bertujuan memudah cara urusan komuniti perniagaan dan para pelabur dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di pelbagai peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Penubuhannya juga bertujuan mempercepatkan pelbagai proses kelulusan termasuk memberi khidmat rundingan serta nasihat kepada komuniti perniagaan dan para pelabur, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam, kata MIDA dalam satu kenyataan sempena lawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke IMFC, pada Jumaat.

“Penubuhan IMFC secara fizikal adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain daripada berperanan mencapai matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, IMFC juga bakal menyumbang kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mesra pelabur dan mesra perniagaan yang terunggul di rantau ini,” kata Tengku Zafrul.

Beliau turut yakin IMFC mampu menawarkan nilai tambah yang penting bagi komuniti perniagaan dan para pelabur untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata, menerusi IMFC, Malaysia dapat memperkukuhkan lagi hubungan dengan para pelabur asing dan tempatan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sektor perkilangan dan perkhidmatan yang lebih cemerlang.

“Inovasi bukan hanya terletak pada penambahbaikan produk atau teknologi, tetapi juga dalam penyampaian perkhidmatan.

“IMFC ialah gerbang utama kepada bakal pelabur dan komuniti perniagaan sedia ada untuk mendapatkan sokongan dan kemudahan khusus yang menyeluruh daripada kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang berkaitan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan