Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Kelab BMW Motorrad Malaysia, Azman Abu menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid SK Sambir, Asajaya. Foto: TVS

Jadikan usaha BMW Motorrad bantu pelajar luar bandar sebagai contoh

ASAJAYA, 25 Nov: Usaha yang dilakukan oleh kelab BMW Motorrad Malaysia dalam membantu murid-murid khusus di sekolah luar bandar perlu dicontohi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain di negara ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sambir, Norlia Tuah berkata, dengan bantuan yang dihulurkan itu ia akan dapat meringankan beban ibu bapa serta murid-murid di sekolah terlibat sebagai persediaan sesi persekolahan akan datang.

Guru besar bersyukur sumbangan kelab BMW ringankan beban.

“Tentunya murid-murid akan rasa seronok dan akan lebih memotivasikan mereka dengan adanya bantuan seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kelab BMW Motorrad Malaysia di SK Sambir di sini, semalam.

Norlia yang berkhidmat di sekolah tersebut sejak 2021 berdepan dengan cabaran keadaan sekolah yang daif serta tidak mempunyai bangunan sekolah yang sesuai untuk dijadikan kelas.

Katanya, ia disebabkan ketika itu bangunan baharu sekolah terbabit masih dalam pembinaan sehingga memaksa mereka mengubah suai dewan sekolah tersebut untuk dijadikan sebagai kelas tempat murid-murid belajar.

“Waktu itu banyak masalah yang dihadapi terutamanya ketika hendak mengadakan sebarang aktiviti sekolah kerana tiada tempat yang sesuai.

“Jadi bagi mengatasi masalah tersebut kami menggunakan kemudahan seminima mungkin untuk keselesaan murid-murid dan guru-guru di sekolah ini,” katanya.

Kini dengan blok bangunan baharu serta tambahan bantuan CSR daripada kelab NGO seperti BMW Motorrad Malaysia, murid-murid akan berasa lebih seronok untuk menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran.

SK Sambir yang dibina pada tahun 1969 mempunyai seramai 149 orang murid dari tahun satu hingga tahun enam dengan 21 kakitangan keseluruhan terdiri daripada 18 guru dan tiga kakitangan sokongan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan