Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato Sri Huang Tiong Sii berkesempatan melihat sendiri kemeriahan pertandingan yang berlangsung di Kolej Komuniti Sarikei. Foto: TVS

Graduan kolej komuniti laku di pasaran

SARIKEI, 25 Nov: Pencapaian graduan Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu amat membanggakan berdasarkan kajian kebolehpasaran yang melebihi 90 peratus tahun lalu.

Pengarah Kolej Komuniti Sarikei, Norasmah Jaafar berkata, data itu termasuk sebanyak 76 peratus yang telah mendapat pekerjaan dan selebihnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, sebahagian besar bekas pelajar telah bekerja dalam bidang yang dipelajari mereka sepanjang mengikuti pengajian di kolej berkenaan.

“Ada yang membuka peniagaan sendiri manakala selebihnya iaitu 29 peratus melanjutkan pengajian yang ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ditemui selepas menghadiri penganjuran Pertandingan Masakan Nanas di kolej itu, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan, peratusan pelajar baharu Kolej Komuniti Sarikei tahun ini menunjukkan peningkatan khususnya dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi jurusan sijil kulinari, sijil sistem komputer dan rangkaian.

Ujarnya, pengambilan pelajar baharu bagi sesi dua: 2023/2024 Kolej Komuniti Sarikei dan Sibu telah dibuka pada 3 Oktober lalu dengan menawarkan ada tiga program iaitu sijil kulinari, sijil teknologi maklumat dan sijil pengembaraan pelancongan.

“Tahun ini, kita menampakkan sedikit perubahan iaitu ramai pelajar yang mendaftar untuk sijil kulinari mencapai 105 peratus sementara, Sijil Komputer dan Rangkaian (SSK) 85 peratus pendaftaran berbanding biasa,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato Sri Huang Tiong Sii berkesempatan melihat sendiri kemeriahan pertandingan yang disertai peserta seluruh bahagian Sarikei itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan