Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Foto: Fahmi Fadzil (FB)

Semua perlu bersama-sama kerajaan untuk angkat Malaysia sebagai negara hebat – Fahmi

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Semua pihak perlu bersama-sama kerajaan dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai negara hebat di peringkat antarabangsa, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menerusi hantaran di Facebook berkata saf kepimpinan akan terus dirapatkan agar kepentingan rakyat sentiasa jadi keutamaan.

“Ini bukan masanya untuk memusuhi antara satu sama lain kerana ia akan merugikan negara,” katanya.

Dalam hantaran itu Fahmi turut menyentuh mengenai amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disampaikan pada majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, pada Khamis.

Beliau berkata seperti yang ditekankan Perdana Menteri kerajaan akan memulakan corak tadbir urus yang lebih tegas dan pantas untuk mengemudi negara pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan Perpaduan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan