Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama tetamu di Majlis Hari Intergriti SEDC di Kuching pada Jumaat. Foto: TVS

RUU Ombudsman tegakkan keadilan, ketelusan, dan akauntabiliti dalam perkhidmatan Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 24 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Sarawak sebagai kayu ukur kepada keadilan, ketelusan, dan akauntabiliti dalam perkhidmatan yang penting di negeri ini.

Meskipun RUU berkenaan terhad kepada penjawat awam menurut Abang Johari namun sekiranya ada bukti mengatakan arahan datang dari ahli pentadbiran maka individu tersebut disiasat di bawah undang-undang yang berbeza.

RUU Ombudsman Sarawak untuk pastikan ketelusan, akauntabiliti | TVS

Jelasnya, semua pihak tidak akan terkecuali daripada mana-mana undang-undang kerana perkara tersebut akan berbalik kepada bukti kukuh yang diperolehi.

“Ada satu dua yang berkata kenapa hanya terhad kepada penjawat awam bagaimana dengan anggota kementerian?

“Memang benar pihak pentadbiran tak kena di bawah undang undang ombudsman tetapi kalau didakwa bahawa arahan datang daripada ahli pentadbiran kalau bukti nya cukup dia akan disiasat di bawah undang-undang yang berbeza,” katanya pada Majlis Hari Intergriti SEDC di Kuching pada Jumaat.

Menurutnya kewujudan RUU Ombudsman khas untuk Sarawak sebagai penanda aras bahawa Sarawak berkehendakkan satu kerajaan yang bersih.

Oleh itu, kata beliau Sarawak menjadi negeri yang pertama mewujudkannya untuk memastikan tiada individu yang terlepas dari undang undang.

“Tiada siapa yang dikecualikan dalam hal ini walaupun undang-undang ombudsman kita untuk penjawat awam, kita ada undang-undang lain kalau bukti yang sah mengatakan bahawa seorang anggota pentadbiran memberikan perintah itu.

“Sebab itu kerajaan negeri Sarawak tidak takut kerana kita hendakkan satu kerajaan yang bersih dan kita tidak bercakap, kita ikut cakap ini kerajaan Sarawak.” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan