Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Polis tangkap 212 suspek, rampas dadah bernilai RM235,968

KUCHING, 24 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM235,968 menerusi Operasi Tapis Khas Siri 5 yang diadakan di seluruh negeri bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata dalam operasi ini kira-kira enam kilogram pelbagai jenis dadah dirampas termasuklah dadah jenis syabu (methamphetamine), serbuk ekstasi, ganja, ketamin dan pil Erimin 5.

“Sepanjang operasi bermula 20 hingga 22 November, seramai 290 orang ditahan dan diperiksa. Daripada jumlah tersebut seramai 212 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menyita wang tunai, seutas jam tangan berjenama dan dua kereta dengan jumlah nilai sitaan harta RM123,360.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling dengan menyalurkan melalui JSJN di talian 012-2087222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan