Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster program Krismas "A Christmas Carol Sarawak in Diversity". Foto: TVS

Hanya salah faham, TVS tidak ada niat gugur lagu ‘O Holy Night’ pada program Krismas

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Nov: TVS menerusi Sarawak Media Group (SMG) selaku penganjur program Krismas tidak berniat untuk mengecualikan lagu ‘O Holy Night’ sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk memasukkan lagu itu ke dalam program berkenaan.

Menerusi kenyataan bersama UNIFOR hari ini, TVS memaklumkan perkara tersebut yang tular di sosial media berhubung dakwaan mengecualikan lagu itu merupakan salah faham di antara pihak yang terlibat dalam program itu.

“Adalah penting untuk kami tekankan bahawa TVS tidak berniat untuk mengecualikan lagu tersebut daripada program itu tetapi bersungguh-sungguh untuk memasukkannya dengan elemen persembahan yang diperlukan untuk menjayakannya.

“Objektif utama program itu dianjurkan adalah untuk mempamerkan perpaduan dalam kepelbagaian yang merangkumi pelbagai kaum, agama dan budaya yang ada di Sarawak.

”Sokongan yang padu daripada orang ramai adalah amat dihargai kerana kami juga berusaha untuk menganjurkan program yang bukan sahaja meraikan perayaan Krismas malah juga menekankan perpaduan dalam masyarakat Sarawak yang kaya dengan adat dan budaya,” katanya.

Sehubungan itu, TVS juga memberi jaminan bahawa penerbitan program itu yang dijadualkan pada 3 Disember ini akan diteruskan seperti yang dirancang dan akan disiarkan di TVS pada malam Krismas pada 23 Disember kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan