Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto, Envato.

DUN: Trend meningkat, rakyat sambut baik Program Tambang Bas Kadar Rata RM1

KUCHING, 24 Nov: Pelaksanaan khidmat bas henti-henti di bawah Program Tambang Bas Kadar Rata RM 1 menyaksikan trend peningkatan ketara.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil mendedahkan rekod pergerakan penumpang meningkat daripada 2,508,658 pada tahun 2021 kepada 3,545,039 penumpang.

Menurut beliau, Program Perkhidmatan Bas Henti-Henti Tambang RM1.00 merupakan subsidi
Kerajaan Sarawak yang telah dilaksanakan di Bahagian Kuching, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri sejak Mei 2020.

“Kos keseluruhan subsidi bas henti-henti tambang RM1.00 sejak pelaksanaan program in mulai dari bulan Mei 2020 sehingga bulan September 2023 adalah berjumlah RM59.28 bilion dan dimanfaatkan oleh golongan B40 khususnya.

“Pada tahun 2020 sebanyak RM5,239,410.00 sahaja telah dibelanjakan bagi program ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir, di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Tambah beliau, jumlah subsidi yang dibayar pada tahun 2021 adalah sebanyak RM12,123,065 dan meningkat kepada RM21,318,196 pada tahun 2022 apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan pada Mei 2022.

“Manakala pada tahun ini sehingga September 2023, sebanyak RM20,608,385.00 telah dibelanjakan bagi program ini,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan