Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Opar, Billy Sujang. Foto: TVS

DUN: RECODA percepat pembangunan kawasan luar bandar

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 24 Nov: Pembentukan agensi-agensi pembangunan di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) merupakan satu langkah tepat dalam usaha mempercepatkan pembangunan di seluruh Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana telah meluluskan Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) yang meliputi 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Opar, Tasik Biru, Tanjong Datu, Serembu, Mambong, Tarat, Kedup, Bukit Semuja dan Tebedu.

“Peruntukan di bawah GKCDA akan membolehkan projek-projek pembangunan dilaksanakan di Opar termasuklah infrastruktur asas seperti jalan raya, sistem bekalan air bersih tidak terawat termasuk sistem paip graviti, menurap jalan rumah ke rumah dan lain-lain,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 pada Persidangan DUN Sarawak di sini, hari ini.

Beliau pada masa sama menyuarakan harapannya agar agensi-agensi pelaksana mengambil tindakan sewajarnya dengan segera untuk memastikan projek-projek tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

Tambahnya, agensi yang mengendalikan proses dokumen tender diharapkan dapat meningkatkan jumlah projek untuk dicabut undi dalam satu-satu sesi agar lebih banyak projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual.

“Adalah diharapkan kerajaan menambah bilangan kakitangan teknikal seperti jurutera dan penolong jurutera secara Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) kepada agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Majlis Daerah, Jabatan Pertanian dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB),” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan