Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Affin Islamic Bank Berhad di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto: TVS

Affin Islamic Bank serah zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak dan PERYATIM

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 24 Nov: Affin Islamic Bank Berhad hari ini menyerahkan sumbangan zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak dan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM).

Majlis penyerahan disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali menyerahkan zakat RM150,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak yang diwakili Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.

Manakala Peryatim pula menerima zakat RM100,000 yang diwakili Penaung PERYATIM, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan