Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ewon Benedick pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.Foto, Bernama.

Parlimen: Teliti cadangan biayai kos pengangkutan barang koperasi ke Sabah, Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sedang meneliti cadangan membiayai kos pengangkutan barangan keperluan asas koperasi ke Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, usaha itu bertujuan untuk mengurangkan kos barangan dari Semenanjung Malaysia ke dua wilayah berkenaan.

“Perincian inisiatif tersebut sedang diselaraskan dan akan dikemukakan kepada pihak berkaitan untuk pertimbangan peruntukan dan tindakan penyelarasan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rodiyah Sapiee (Gabungan Parti Sarawak – Batang Sadong) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Parlimen: Pandemik, kenaikan harga barang antara punca usahawan gulung tikar

Kata Ewon lagi, melalui cadangan inisiatif berkenaan juga, pusat pengedaran koperasi serta cawangan Coop Mart di Sabah dan Sarawak akan dilibatkan dengan sasaran impak program.

“Ini bagi membantu penstabilan harga barangan keperluan harian di kawasan pedalaman di samping membantu koperasi menjana pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu Ewon memaklumkan, bagi memperkasakan penguasaan rantaian bekalan koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan, SKM telah menubuhkan Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.

Katanya ia berperanan membeli secara pukal barangan keperluan pengguna dan membekalkan kepada kedai Coop Mart di seluruh negara pada harga yang lebih kompetitif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan