Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto: TVS

DUN: Sarawak tidak hadkan tempoh masa selesaikan tuntutan MA63

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Nov: Kerajaan Sarawak tidak menetapkan tempoh had masa bagi rundingan untuk menyelesaikan perkara-perkara tertunggak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata rundingan akan dilaksanakan secara berterusan bagi menjaga hak Sarawak.

“Tidak akan ada tempoh masa untuk rundingan kerana ianya sentiasa bergerak ke hadapan secara progresif.

“Walaupun kita telah memperoleh beberapa kejayaan setakat ini namun masih banyak yang perlu dilakukan dan dicapai.

“Kerajaan Sarawak akan terus berusaha menjaga hak kita di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selama mana diperlukan,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berhubung sama ada Kerajaan Sarawak meletakkan had untuk menyelesaikan tuntutan dan perkara tertunggak.

Dalam pada itu, Sharifah Hasidah turut memaklumkan antara perkara yang telah dicapai melalui persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan adalah termasuk pelantikan wakil kerajaan Sarawak sebagai Anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pemberian kuasa kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mentadbir projek pembangunan yang tidak melebihi RM50 juta.

Kerajaan Sarawak menurut Sharifah Hasidah juga telah berjaya meningkatkan jumlah pemberian khas kepada kerajaan negeri sehingga RM300 juta sebagai bayaran interim mulai 2023.

“Ini sememangnya satu pencapaian yang hebat, di samping kejayaan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kerajaan Sarawak akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi baki tuntutan seperti yang ditetapkan di bawah MA63,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan