Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan berapa jumlah program / projek Pembangunan Persekutuan dengan kos di bawah RM50 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi ‘Rolling Plan 3 (RP3) dan RP4 Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Foto fail: Bernama

DUN: Sarawak serah kertas cadangan tambah 35 peratus kerusi di Dewan Rakyat

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Nov: Kerajaan Sarawak telah menyerahkan kertas cadangan untuk pembahagian 35 peratus wakil di Dewan Rakyat kepada Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan) itu berkata pertambahan bilangan berkenaan bertujuan agar perwakilan Sarawak di Dewan Rakyat adalah seimbang.

“Kerajaan Sarawak berharap cadangan untuk menambah bilangan wakil dari Sarawak dan Sabah akan direalisasikan dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal.

“Seterusnya pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi memastikan perwakilan seimbang di Dewan Rakyat, sesuai dengan semangat dan hasrat pembentukan Malaysia pada 1963,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang mengenai status semasa rundingan pembahagian 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Beberapa mesyuarat telah dilaksana menurut Sharifah Hasidah iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Perundangan Berkaitan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia pada 10 Ogos di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan pada 30 Oktober di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Dalam pada itu, Sharifah Hasidah berkata sebarang keputusan yang dibuat di peringkat kumpulan kerja akan di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.

Kemudian, ujarnya keputusan berkenaan akan dibentang kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA) 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pengesahan jawatankuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan