Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Hipni. Foto: TVS

DUN: Sarawak komited laksana Projek Penangkapan dan Penyimpanan Pelepasan Karbon

KUCHING, 23 Nov: Kerajaan Sarawak komited melaksana projek penangkapan dan penyimpanan pelepasan karbon dioksida sebagai antara usaha untuk mencapai pelan sasaran capaian pelepasan karbon sifar bersih.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Hipni mendedahkan terdapat perbezaan tarif untuk penangkapan dan penyimpanan karbon dalam sektor minyak dan gas berbanding sektor industri dan kuasa.

Menurut Dr Hazland, Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei kini sedang mengkaji serta menentukan tarif melibatkan Levi ke atas Caj Simpanan Karbon yang akan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Pengiraan tarif ini adalah berdasarkan kepada tiga faktor. Pertama perbelanjaan modal, kedua, perbelanjaan operasi dan ketiga harga karbon,” katanya,

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Machan, Allan Siden Gramong di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Sementara itu dalam ucapan yang sama, Dr Hazland menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak kini sedang agresif fokus ke arah penangkapan dan penyimpanan karbon.

“Di perairan Sarawak, kita mempunyai 1,665 telaga minyak yang sudah terpakai dan kosong serta boleh digunakan untuk menyimpan karbon.

“Potensi penyimpanan karbon di dalam telaga minyak itu ialah sembilan bilion tan secara keseluruhannya dan boleh meningkat lagi,” ujarnya.

Untuk rekod setakat ini, Sarawak mempunyai stok karbon, secara kasar antara 750 juta tan dan maksimumnya ialah 1 bilion tan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan