Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo berkata Kawasan Perkhidmatan Rehat (RSA) atau hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jelukong di bahagian Sri Aman dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2024.

DUN: R&R Jelukong mula beroperasi pada suku pertama 2024

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Nov: Kawasan Perkhidmatan Rehat (RSA) atau hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jelukong di Bahagian Sri Aman dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2024.

Khabar baik itu didedahkan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Johnichal Rayong Ngipa pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menurut Aidel, kerja-kerja utama projek kemudahan R&R Jelukong telah siap pada Oktober lepas.

“Certificate Practical of Completion (CPC) telah dikeluarkan pada 31 Oktober 2023, manakala kerja-kerja pengujian dan pentauliahan bagi sistem utiliti sedang di peringkat akhir oleh agensi utiliti masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Aidel berkata buat masa ini, pemilihan pemilik gerai dan tapak jualan sedang giat dijalankan secara berperingkat.

R&R Jelukong dilengkapi dengan kemudahan awam seperti kawasan parkir kenderaan, tandas awam, medan selera dan surau.

Untuk rekod, terdapat tiga buah RSA yang dibangunkan di sepanjang Jalan Pan Borneo di Sarawak sepanjang 786 kilometer dari Telok Melano hingga Miri.

RSA tersebut terletak di Jelukong, Sri Aman; Sungai Arip, Balingian dan Lambir, Bintulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan