Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Foto, Bernama.

DUN: Pengurusan kewangan cekap Abang Johari cetus lebihan RM386 juta untuk Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Nov: Lebihan sebanyak RM386 juta yang dicatatkan daripada anggaran pendapatan 2024 merupakan hasil usaha Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menstruktur semula pendapatan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon berkata, selain itu langkah pelaksanaan ‘revenue re-engineering’ oleh Premier Sarawak itu juga telah membuahkan hasil yang lumayan kepada Sarawak.

Kata beliau menerusi Belanjawan 2024 Sarawak yang dibentangkan Isnin lepas, ia menunjukkan anggaran bajet lebihan kerana dijangka hasil pendapatan Sarawak adalah sebanyak RM12.749 bilion berbanding perbelanjaan hanya RM12.363 bilion.

DUN: Abang Johari bentang bajet terbesar dalam sejarah Sarawak

“Ini disebabkan oleh pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah oleh Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak (merangkap) Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Semasa Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024, Abang Johari memaklumkan anggaran hasil itu merupakan yang tertinggi pernah diunjurkan.

Menurutnya, anggaran perolehan berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mengukuhkan kedudukan fiskalnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan