Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isu kesesakan lalu lintas di Satok turut dibangkitkan dalam Sidang DUN Sarawak, hari ini. Foto hiasan, Envato.

DUN: Kesesakan lalu lintas di Satok perlu diselesaikan segera

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Nov: Masalah kesesakan lalu lintas di Satok perlu ditangani segera memandangkan ia merupakan laluan utama ke pusat bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Dato Ibrahim Baki berkata, pihak berwajib perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya lihat di Batu 3 hingga Batu 10 di Kuching, terdapat lima flyover dibina namun di Petra Jaya, terdapat hanya satu underpass di Bulatan Kipali dan satu flyover di Kulas, Satok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu Ibrahim berkata, bagi memantapkan keindahan Bandaraya Kuching, beliau mencadangan agar projek ‘beautification’ di Brooke Dockyard di Tebingan Kuching diperluaskan ke Satok.

“Ini (dapat dilakukan) dengan menyambung Tebingan Kuching hingga ke Jambatan Gantung Satok dan Kampung Kudei di mana ia berpotensi untuk meningkatkan sektor pelancongan agar orang luar boleh melawat kawasan perkampungan di sini,” katanya.

Beliau berkata, Kampung Segedup juga mempunyai potensi pelancongan dengan adanya sambungan laluan pintas yang telah siap.

“Perkara ini penting bukan sahaja untuk memelihara seni warisan di perkampungan itu malah boleh memberi cetusan kepada aktiviti ekonomi dan perniagaan seperti restoran dan produk pelancongan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan