Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak sedang giat mengkaji teknologi sesuai untuk pengeluaran padi. Foto hiasan Envato

DUN: Kaji benih padi sesuai ditanam di Meradong

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Nov: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak diminta membantu usaha memperkasakan sektor penanaman padi di Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan aspek keselamatan makanan.

Parlimen: Sarawak dan Sabah setuju bangunkan estet padi berskala besar

Kata beliau, MFICORD juga perlu mengkaji benih padi baharu yang sesuai untuk ditanam di Meradong.

“Buat masa ini, tanaman di Sungai Padi menggunakan benih padi hibrid dari China manakala projek perintis telah disediakan dan pemerhatian awal sangat menggalakkan,” katanya ketika Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Tambah beliau, di kawasan itu juga terdapat dua projek mini estet padi di Sungai Tulai yang berkeluasan 446.74 hektar.

“(Selain itu) terdapat juga projek tanaman padi di Sungai Tekap dengan keluasan 215.27 hektar yang menjadikan keseluruhannya seluas 662 hektar,” katanya.

Namun ujarnya, projek mini estet padi sebelum ini tidak berjaya.

“Oleh itu saya berharap agar MFICORD boleh mengkaji projek rintis hibrid yang baharu  sekali gus memperkenalkan hibrid dalam skala yang lebih besar,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan