Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Felo Kehormat daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO) di Bali, Indonesia hari ini. Foto Ameerul Syafiq.

Pengurniaan Felo Kehormat tanda pengiktirafan jurutera ASEAN kepada dasar Sarawak – Abang Johari

BySheera Abang Mansor

BALI, 22 Nov: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurniaan Felo Kehormat oleh Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO) kepada beliau merupakan tanda pengiktirafan jurutera ASEAN kepada dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, anugerah berkenaan juga memberi petanda yang kerjasama Sarawak dengan negara ASEAN lain berada pada landasan tepat bagi mengurangkan perlepasan karbon dan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui.

Menurutnya, Sarawak kini memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga ke arah untuk mencapai objektif tenaga hijau dan ekonomi biru.

“Sarawak telah mengeluarkan kira-kira 70 peratus tenaga hidro dan 30 peratus kuasa termo.

“Di Sarawak, kami masih mempunyai kawasan hutan yang luas dan boleh menjadi penyerap karbon,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abang Johari menerima anugerah berkenaan daripada Pengerusi AFEO, Dr. Ir. Danis Hidayat sempena Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN ke-41 (CAFEO-41).

Turut menerima anugerahan berkenaan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Tiga menteri Indonesia iaitu Nadiem Anwar Makarim (Menteri Pendidikan, Budaya, Penyelidikan dan Teknologi), lr. Budi Gunadi Sadikin, (Menteri Kesihatan) dan Retno Marsudi (Menteri Luar) turut diberi penghargaan berkenaan.

Anugerah khas kejuruteraan ASEAN dikurniakan kepada tokoh terkemuka yang memberi perkhidmatan cemerlang dalam profesion kejuruteraan.

https://youtu.be/7r20dEXv6_8

Sementara itu, Abang Johari turut menekankan keperluan memiliki teknologi efisyen seperti elektrolisis moden untuk mengeluarkan tenaga hidrogen dengan kos yang rendah dan membren baharu untuk pengeluaran membren.

Jelas beliau, tindakan itu perlu segera kerana laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menyebut berlaku peningkatan pemanasan global sehingga 2.9 darjah celsius.

Ini kata Abang Johari merupakan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia untuk memainkan peranan menyelamatkan bumi daripada menghadapi bencana.

“Bencana itu memberi kesan terhadap keterjaminan makanan serta peningkatan suhu laut yang akan menjejaskan habitat laut dan ketiganya keadaan alam sekitar yang tidak mesra kepada manusia,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru kerjasama dan bantuan jurutera ASEAN bagi mencari solusi kepada masalah ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan