Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Foto: Tangkap layar sidang parlimen

Parlimen: Aktiviti perlombongan mineral unsur NRREE dilaksanakan secara bertanggungjawab

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membangunkan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) di Malaysia bagi mengawal selia aktiviti perlombongan mineral.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, SOP tersebut menyediakan prosedur yang teratur bagi aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan.

“Kerajaan juga masih memperhalusi idea perlombongan NR-REE di HSK kerana implikasinya. SOP ini telah dipersetujui untuk digunapakai oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) bertarikh 2 Oktober 2023 yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco-Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas pengurusan mineral di negeri masing-masing,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen di sini, hari ini.

Katanya, SOP itu menekankan perkara-perkara penting yang sering menimbulkan kegusaran mengenai kesan aktiviti perlombongan kepada alam sekitar serta ekosistem biodiversiti.

“SOP ini telah dibangunkan berdasarkan SOP Perlombongan NRREE di Negeri Perak yang diguna pakai untuk pembangunan Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak.

“Berdasarkan kepada pengauditan yang dijalankan, boleh disimpulkan bahawa SOP ini mampu untuk mengawal selia aktiviti perlombongan NRREE dengan baik di samping menangani impak sosial,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing meminta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan perancangan kementerian dalam memastikan industri perlombongan NRREE tanpa meninggalkan kesan terhadap kelestarian alam sekitar dan impak sosial kepada penduduk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan