Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Daro, Safiee Ahmad. Foto: TVS

DUN: Kaji jumlah peruntukan RTP kepada RM7 juta setahun

ByMarzella Sigai

KUCHING, 22 Nov: Kerajaan Sarawak diharap dapat mempertimbangkan untuk menambah peruntukan bagi Projek Transfromasi Luar Bandar (RTP) daripada RM5 juta kepada RM7 juta setahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ini kerana RTP merupakan salah satu projek yang telah memberi impak yang amat besar kepada kesejahteraan rakyat di Sarawak.

“Tidak dapat dinafikan semenjak projek ini dilaksanakan pada 2015 yang lalu, ianya telah banyak mengubah landskap dan infrastruktur di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di luar bandar.

“Bagi mengekalkan momentum pembangunan infrastruktur di kampung-kampung dan rumah panjang di luar bandar, kajian tambahan peruntukan perlu diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Sementara itu, Safiee turut berkongsi sejak pelaksanaan RTP, jadual kadar harga baharu mengalami kenaikan sekitar 30 peratus pada tahun ini disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan.

“Ini telah mengurangkan jumlah projek yang dapat dilaksanakan berbanding dengan tahun- tahun sebelumnya,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan