Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mencatatkan tahun yang cemerlang bagi industri acara perniagaan apabila berjaya meraih 95 acara kebangsaan dan antarabangsa pada 2023, dengan impak ekonomi dianggarkan sebanyak RM346.5 juta, iaitu 139 peratus melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Business Events Sarawak (BE Sarawak). Foto, Bernama.

DUN: Belanjawan 2024 Sarawak berpaksikan rakyat

BySalasiah Safian

KUCHING, 22 Nov: Belanjawan 2024 Sarawak yang dibentangkan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dilihat menyahut cabaran untuk mencapai keseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan kepada rakyat Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, sehubungan itu, hujah ADUN Padungan Chong Chieng Jen yang mengatakan Sarawak kaya namun tidak rakyatnya adalah tidak wajar.

“Ini kerana Belanjawan Negeri 2024 berpaksikan rakyat dengan penekanan terhadap pembangunan dan pendidikan dan tiada yang ketinggalan.

“Belanjawan yang dibentang oleh Gabungan Parti Sarawak ini sama seperti sebelumnya yang mengimbangi infrastruktur untuk menentukan laluan dan trajektori pembangunan Sarawak dan terus mengukuhkan asas ekonomi,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Pada Isnin, Abang Johari Tun Openg membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah Sarawak berjumlah RM12.363 bilion untuk 2024.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding RM10.797 bilion pada 2023.
 
Belanjawan yang bertemakan ‘Pembangunan untuk Semua: Bersama, Membina Sarawak yang Sejahtera, Mampan dan Bersatu’ itu memperuntukkan RM7.8 bilion untuk pembangunan dan RM4.563 bilion untuk operasi.

Sementara itu Wilfred berkata, Belanjawan 2024 yang dibentangkan Abang Johari berasaskan pengetahuan dan kemahiran yang seterusnya mewujudkan kerja yang berpendapatan tinggi.

Namun katanya perkara ini akan mengambil masa dan banyak negeri dan bandar-bandar maju juga mempunyai rakyat yang masih memerlukan bantuan.

“Ada pepatah “Rome was not built in one day” dan saya harap DAP faham maksud kritikan membina.

“Saya harap ADUN Padungan faham bahawa tiada formula cepat untuk berjaya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan