Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua ‘mantera’ iaitu pendidikan dan perpaduan menjadi kunci utama dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi genius di Sarawak Foto Swinburne University of Technology Sarawak

DUN: 25,000 pelajar bakal terima manfaat pendidikan tinggi percuma oleh Kerajaan Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 22 Nov: Kira-kira 25,000 pelajar di Sarawak akan menerima manfaat susulan hasrat Kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan tinggi percuma pada 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, jumlah tersebut termasuk pelajar pengajian tahun pertama dan kedua di lima institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak.

Pendidikan universiti percuma di Sarawak mungkin dilaksanakan pada 2027 – Abang Johari

Kata beliau, IPT berkenaan termasuk Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Curtin Sarawak, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Kolej Universiti I-CATS.

“Tiga makmal telah ditubuhkan bagi membincangkan strategi pelaksanaan dasar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Wong Soon Koh (PSB-Bawang Assan) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, dasar pendidikan tinggi percuma yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ogos lepas merupakan dasar yang sangat penting kerana ia amat bermakna kepada generasi akan datang.

“Dasar tersebut selari dengan rancangan Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan lima sekolah antarabangsa,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan