Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Gerawat Gala. Foto: TVS

DUN: 152 projek RTP berjumlah RM36.48 juta diluluskan di DUN Kabong

ByRegina Lee

KUCHING, 22 Nov: Sejumlah 152 projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah diluluskan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dengan jumlah siling sebanyak RM36.48 juta setakat 3 November tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, sebanyak 105 (69.1 peratus) projek sudah siap dilaksanakan di kawasan tersebut.

“Daripada 152 projek tersebut, lapan (5.3 peratus) projek berstatus belum mula (BM), 13 (8.6 peratus) projek berstatus dalam perancangan (DPr), 26 (17.1 peratus) projek berstatus dalam pelaksanaan manakala selebihnya iaitu 105 (69.1 peratus) projek sudah siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, antara sebab 21 projek di DUN Kabong belum dilaksanakan kerana ia masih dalam proses pindaan projek (Notis Perubahan); proses pertapakan; proses penyediaan dokumen/reka bentuk; dan proses cabutan undi.

Katanya, beberapa tindakan akan diambil bagi memastikan projek-projek tersebut siap mengikut jadual.

“Antara tindakan-tindakan yang akan diambil bagi memastikan projek-projek tersebut dapat dilaksana dan disiapkan seperti yang dirancang adalah mempercepatkan proses permohonan Notis Perubahan untuk pindaan projek; dan mengadakan penyelarasan dengan lebih kerap antara Pejabat Residen, YB ADUN, agensi pelaksana dan agensi berkaitan serta penduduk setempat,” katanya.

Bagi menjawab soalan tambahan ADUN Kabong mengenai penyumbang kepada kelewatan meluluskan Notis Perubahan, Gerawat berkata, Notis Perubahan itu perlu dilakukan oleh ADUN kawasan masing-masing agar Unit Perancang Ekonomi (EPU) boleh meluluskannya secepat mungkin.

“Notis Perubahan perlu melalui prosedur yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (SPU), di mana ia dilakukan selepas peringkat pertama yang kemudiannya perlu dirujuk kepada EPU.

“Ia bergantung kepada inisiatif ADUN masing-masing untuk memaklum atau merujuk isu itu secepat mungkin agar EPU boleh memproses Notis Perubahan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan