Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis melakukan pemeriksaan rapi di salah sebuah sekolah yang menerima ancaman bom hari ini. Foto,TVS.

Ancaman bom di dua buah sekolah di Kuching palsu – polis

ByDouglas Elliot

KUCHING, 22 Nov: Polis mengesahkan ancaman bom yang diterima oleh dua buah sekolah di sini hari ini sebagai ugutan palsu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, setelah pemeriksaan teliti dilakukan, pihaknya mendapati tiada sebarang ancaman dikesan.

Lagi laporan ancaman bom di sekolah antarabangsa

“Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai e-mel ancaman tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama sekolah yang terlibat segera mengosongkan kedua- dua premis demi keselamatan pelajar,” katanya menerusi kenyataan media petang tadi.

Petang tadi tular berkenaan ancaman bom di sebuah sekolah antarabangsa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bandar raya ini yang diterima menerusi e-mel.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata, tindakan pembersihan keselamatan bom telah dijalankan secara rapi oleh polis di lokasi terlibat.

“Siasatan mendapati e-mel berkenaan merupakan ancaman palsu dan tiada bukti kewujudan risiko bom di sekolah seperti didakwa.

“Pihak polis dengan kerjasama pengurusan sekolah serta pihak bomba telah mengambil langkah keselamatan dan memaksimumkan litupan keselamatan di sekolah terlibat dan juga sekolah  lain,” tambahnya.

Sementara itu, Ahsmon turut menasihat semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan