Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit dibuka rendah dalam dagangan awal pada Selasa, hari dagangan pertama pada tahun baharu 2024. Foto Envato

Wanita di Limbang rugi RM65,000 ditipu sindiket pinjaman di Google

LIMBANG, 21 Nov: Seorang wanita di sini kerugian RM65,150 selepas diperdaya sindiket pemberi pinjaman wang tidak wujud, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, mangsa yang berusia 42 tahun itu telah melihat satu iklan pinjaman wang ketika melakukan carian di aplikasi Google.

“Mangsa yang berminat untuk membuat pinjaman berjumlah RM35,000 telah berurusan dengan seorang yang tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa diminta membuat pembayaran yuran proses pinjaman dan setelah membuat pembayaran, suspek meminta mangsa membuat beberapa kali pembayaran lagi dengan pelbagai alasan sebelum mangsa menerima pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Parum lagi, mangsa telah melakukan 13 kali transaksi melibatkan jumpa keseluruhan sebanyak RM65,150 ke lima akaun bank yang diberikan oleh suspek.

”Bagaimanapun sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima sebarang pinjaman seperti yang dijanjikan,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan