Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Parlimen: Pendirian tegas Malaysia di persidangan OIC diterima baik – Anwar

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Pendirian tegas Malaysia berhubung penindasan oleh Israel terhadap Palestin diterima baik negara negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sidang Kemuncak Tergempar baru – baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah menekankan enam perkara antaranya menggesa gencatan senjata serta merta dan mempercepatkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk  Gaza.

Jelas Anwar, hampir kesemua pemimpin negara anggota hadir dan Malaysia telah menjalankan tanggungjawab untuk menyampaikan pandangan secara tegas kerana apa yang berlaku di Gaza masih berlarutan.

“Menteri Luar sebelum ini juga telah membuat kenyataan iaitu kita tidak mahu sidang berkenaan hanya mengemukakan usul atau desakan tetapi perlu ada tindakan yang lebih berkesan,” katanya pada Sidang Parlimen hari ini.

Sidang berkenaan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru – baru ini menyaksikan pemimpin OIC menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima resolusi yang tegas dan mengikat, untuk menghentikan pencerobohan Israel.

Mereka juga menggesa penjualan senjata kepada Israel dihentikan dan menolak sebarang penyelesaian politik masa depan terhadap konflik yang akan memisahkan Gaza daripada Tebing Barat yang diduduki Israel.

“Malaysia menyokong Inisiatif Keamanan Arab dengan mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan persempadanan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya dan memerangi peningkatan global dalam Islamophobia sambil melindungi hak untuk menyuarakan secara aman sokongan terhadap perjuangan Palestin,” katanya. -TVD

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan