Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid hari ini. Foto: Tangkap layar Parlimen.

Parlimen: KKD, MCMC teliti keperluan melesenkan penyedia platform besar

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa berusaha untuk memastikan kemampanan ekosistem industri media negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Menurutnya, KKD dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih di peringkat meneliti dan mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, TikTok dan sebagainya.

“Penelitian serta kajian ini merangkumi pelbagai perkara termasuklah implikasi dari sudut polisi terhadap perkhidmatan, aspek pelaburan dan perdagangan, kaedah pencukaian, serta aspek keselamatan pengguna di Malaysia,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Katanya, pada masa ini belum ada sebarang keputusan atau pendirian yang dibuat kerajaan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, usaha-usaha awal telah dilaksanakan melalui beberapa siri libat urus bertujuan untuk membincangkan dan mendapatkan input serta maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh dan pihak-pihak yang berkepentingan di Malaysia berhubung perkara ini.

“Satu jawatankuasa turut dibentuk bagi meneroka dan memperincikan perkara yang melibatkan perundangan dan mencari jalan terbaik bagi mendapatkan hasil yang positif kepada semua pihak di Malaysia termasuklah industri media tempatan,” ujarnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid minta kementerian KKD menyatakan mekanisme yang sedang dipertimbang bagi melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan dan apakah kesan jangka panjang pelesenan ini terhadap kemampanan ekosistem industri media negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan