Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Disember ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Kerajaan akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

Skim itu memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

“Dari segi motosikal elektrik, kita akan lancarkan pada 8 Disember ini macam mana nak mohon insentif yang diberi kepada kenderaan elektrik (EV) dua roda seperti diumumkan Perdana Menteri.

“Kita akan beri pencerahan kepada pembeli motosikal EV yang layak bagaimana dapat memohon untuk bantuan tunai ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan smart #1 di sini, pada Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan