Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merakam kenangan bersama jawatankuasa festival selepas sidang media Festival Tuak Borneo di Kuching. Foto:TVS

Festival Tuak Borneo hujung minggu ini, hidang lebih 25 jenis tuak

KUCHING, 21 Nov: Sebanyak 25 jenis tuak dari seluruh negara akan dihidangkan di Festival Tuak Borneo di The Hills Kuching, pada 24 hingga 26 November 2023.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, festival ini akan menjadi titik permulaan perjalanan tuak yang mulanya sebagai adat budaya kepada produk komersial dalam perniagaan.

Sebastian juga optimis dalam tempoh 10 tahun akan datang, perniagaan tuak mampu menembusi pasaran diluar negara.

“Kita pastikan budaya itu kekal tetapi langkah 10 tahun kedepan adalah sama ada kita boleh mengkomersialkan tuak ini untuk dijadikan perniagaan hingga ke luar,” katanya pada sidang media Festival Tuak Borneo di sini pada Selasa.

Sebastian mendedahkan festival kali ini akan menyaksikan penyertaan sebanyak 40 vendor daripada seluruh Malaysia.

Katanya, kehadiran vendor dari pelbagai latar belakang etnik itu adalah untuk memperincikan perkongsian berkenaan cara buatan tuak mereka yang tersendiri selaras dengan teknik mengikut budaya masing-masing.

“Kami sudah mempunyai 40 vendor jadi kami mempunyai orang yang datang untuk bercakap mengenai tuak dan ianya boleh jadi perkongsian daripada 24 kumpulan etnik,” jelasnya.

Selain itu, Sebastian memberitahu usaha mempromosikan tuak itu akan diteruskan kerana ia bukan sahaja untuk mengetengahkan budaya Sarawak tetapi dalam masa yang sama turut menyatukan masyarakat negeri ini dalam satu tempat.

“Saya rasa ini akan berkembang lebih besar semoga tahun depan kita mempunyai lebih ramai orang untuk datang untuk mengambil bahagian mempromosikan tuak dari seluruh Sarawak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan