Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

DUN: Tubuh entiti selia peraturan komprehensif gas Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Nov: Sebuah entiti atau jawatankuasa wajar ditubuhkan dalam usaha memastikan keberkesanan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad.

Menurutnya jawatankuasa yang dilantik secara rasmi itu akan bertugas untuk menyelia peraturan komprehensif mengenai dinamik bekalan dan permintaan yang berkaitan dengan gas di Sarawak.

Safiee menambah gas aggregator (pengagregat gas) ialah entiti dilantik yang membolehkan Kerajaan Sarawak memperoleh gas yang mencukupi untuk pengagihan dan bekalan bagi kegunaan di sarawak pada harga yang berpatutan.

“Pengenalan pengagregat gas di Sarawak adalah satu langkah strategik, memupuk pertumbuhan ekonomi dan menjana aliran pendapatan baharu. Pendekatan inovatif ini akan memperkemas mekanisme bekalan gas, mengoptimumkan dinamik pasaran dan menyumbang dengan ketara kepada kemakmuran ekonomi rantau kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, di sini hari ini.

Safiee menjelaskan fungsi utama pengagregat gas adalah untuk menguruskan perolehan gas asli daripada semua sumber untuk pengagihan dan bekalan kepada mana-mana orang, loji, kemudahan dan premis di Sarawak, membangunkan, mengembangkan, mengurus dan menyelenggara rangkaian dan sistem pengedaran gas termasuk tetapi tidak terhad kepada, saluran paip, terminal untuk menerima gas, loji pemprosesan dan kemudahan penyimpanan dan menjalankan apa-apa fungsi lain yang berkaitan dengan pengagihan gas di Sarawak sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara bertulis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan