Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Photo, TVS.

DUN Sarawak: PETROS sebagai pengagregat gas Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Nov: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan dilantik sebagai pengagregat gas Sarawak sejurus Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.

 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi bercakap pada sidang media di DUN Sarawak hari ini. Foto: TVS

Menurutnya, pengagregat gas adalah pihak yang dilantik sama ada individu perseorangan, entiti ataupun mana-mana badan yang dilantik untuk mendapatkan bekalan gas.

“Selepas itu, mereka ini mengumpul dan mengedar gas yang terkumpul untuk kegunaan sama ada domestik, industri ataupun perkembangan untuk kegunaan pelabur yang memerlukan gas untuk pelaburan, ataupun loji-loji yang bertapak di Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 di Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, di sini hari ini.

Julaihi dalam pada itu mendedahkan buat masa ini Sarawak masih belum mempunyai pengagregat gas.

Justeru itu, beliau percaya pindaan yang dilaksanakan ini akan membolehkan Sarawak memperluaskan lagi aktiviti hilirannya selepas ini.

Beliau menjelaskan pindaan tersebut akan memperuntukkan penambahan kepada pembuatan peraturan untuk berkuasa kepada menteri, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membuat peraturan berhubung apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan sepenuhnya kepada Ordinan berkenaan.

Ia sekali gus tegasnya akan membawa kepada penjanaan pendapatan dan sumber pendapatan yang baharu untuk Sarawak di masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan