Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata perkara itu adalah berdasarkan rekod pemilikan tanah FLC pada tahun 2019 dan semakan pembangunan tanah oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).. Foto: TVS

DUN: Sarawak bangunkan aplikasi pantau koordinasi buaya, sebagai langkah mitigasi

KUCHING, 21 Nov: Aplikasi mengkoordinasi kehadiran buaya secara ‘real time’ atau data masa nyata sedang dalam proses dibangunkan sebagai inisiatif memantau populasi reptilia itu secara berterusan di kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh mendedahkan platform digital itu dibangunkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS).

“Kalau dilihat di Sarawak ini memang keadaan buaya sudah berada pada tahap membimbangkan di 12 lokasi penangkapan buaya.

“Sebab itu kita cuba mengurangi masalah ekosistem buaya dengan membangunkan aplikasi bagi memantau koordinasi buaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mejawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Len menambah Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang sehubungan itu inisiatif aplikasi berkenaan akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi.

“Kita telah bersedia untuk membangunkan aplikasi tersebut dan kini masih dalam peringkat operasi.

“Insha-Allah ia bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Aplikasi itu mudah sahaja.

“Ia dicipta bagi memastikan orang awam mendapat akses maklumat berkenaan dengan koordinasi buaya,” ujarnya.

Terdahulu, Yakub Arbi bertanya langkah mitigasi dalam pemantauan buaya dan kawalan populasi memandangkan situasi tersebut berada pada tahap membimbangkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan