Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto, Envato.

DUN: RUU Elektrik (Pindaan) 2023 pacu Sarawak, penggerak utama tenaga hidroelektrik di ASEAN

ByFebbright James

KUCHING, 21 Nov: RUU Elektrik (Pindaan) 2023 memacu Sarawak sebagai penggerak utama di ASEAN bagi tenaga hidroelektrik yang strategik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai, pindaan RUU itu telah meletakkan Sarawak berada di landasan yang tepat untuk menjadi sebuah negeri yang maju menjelang 2030 dengan perancangan yang teratur dan strategik dikendali dengan urus tadbir yang cekap dan efektif.

“Urus tadbir tenaga elektrik yang efektif dan berkesan telah mendorong pihak luar termasuk dari negara luar menyatakan minat mereka untuk mendapatkan bekalan elektrik daripada Sarawak.

“Terbaru, negara Singapura menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan 1000 megawatt tenaga elektrik dari Sarawak. 11. Pengeksportan tenaga ke Singapura hanya melibatkan bekalan elektrik sementara pembinaan kabel bawah laut sepanjang 700 kilometer akan ditanggung oleh negara Singapura.

“Selain Singapura, Sabah dalam perancangan untuk mengimport tenaga elektrik dari Sarawak dan dijangka perlaksanaannya akan bermula mulai tahun 2024,” katanya pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, di sini hari ini.

Menurutnya, kapasiti tenaga elektrik sedia ada di Sarawak adalah 5,996 Megawatt sementara penggunaan atau permintaan tenaga elektrik di Sarawak ketika ini adalah berjumlah 4,398 Megawatt. Justeru, Sarawak kini masih mempunyai baki tenaga elektrik sebanyak 1,478 megawatt.

Nicholas memberitahu Sarawak mempunyai potensi pengeluar dan penyumbang tenaga elektrik yang berdaya saing di rantau ini.

Loji Hydroelektrik Batang Ai yang dibina pada tahun 1985 yang mampu menjana tenaga elektrik berkapasiti 100 megawatt merupakan titik mula dan peristiwa penting dalam perjalanan Sarawak ke arah tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan.

“Ini disusuli Empangan Hydroelektrik Bakun di Belaga yang mampu menjana diantara 1700 megawatt sehingga 2110 megawatt pada tahun 2014.

“Empangan Hydroelektrik Murum dan juga Empangan Hydroelektrik Belaga yang mula beroperasi pada 2015 pula mampu menghasilkan antara 635 megawatt dan 944 megawatt tenaga elektrik,” katanya.

Tegasnya, lima tahun lagi dari sekarang iaitu pada tahun 2028, Empangan Hydroelektrik Baleh dijangka siap dan akan mula beroperasi dan dijangka mampu menjana 1,285 megawatt tenaga elektrik manakala Empangan hydroelektrik kelima di Trusan, Lawas masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan