Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi bercakap pada sidang media di DUN Sarawak hari ini. Foto: TVS

DUN: Kerajaan GPS futuristik, mampu menaksir sumber bernilai tinggi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Nov: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) disifatkan bermatlamat futuristik berikutan mampu menaksir sumber yang bernilai tinggi dalam jangka masa panjang.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata pindaan yang dilaksanakan terhadap rang undang-undang di Sarawak akan menjana sumber pendapatan baharu buat negeri ini di masa akan datang.

Menurutnya ini adalah penting untuk Sarawak menjadi  negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Kesemua pindaan ini dalam jangka panjang akan membolehkan Sarawak memperluas aktiviti hiliran sekali gus boleh menjana sumber pendapatan baharu untuk Sarawak di masa akan datang.

“Kerajaan Sarawak sangat futuristik. Kita harus memandang ke hadapan. Sasaran kita menjelang tahun 2030 adalah berpendapatan tinggi, untuk Sarawak dan anak Sarawak.

“Kita harus melihat sumber-sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan,” katanya pada sidang media berkaitan kelulusan Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa telah meluluskan Undang-undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 bagi membolehkan pembekalan gas yang mencukupi untuk menampung keperluan domestic dan industri negeri ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan