Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga bagi beras di Sarawak tertakluk kepada tawaran dan permintaan dan bergantung kepada varieti atau jenis beras tersebut. Foto: Envato

DUN: Harga beras di Sarawak tidak tertakluk kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Nov: Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, harga bagi beras tersebut adalah tertakluk kepada tawaran dan permintaan dan bergantung kepada varieti atau jenis beras tersebut.

“Sebagai contoh harga runcit bagi beras Bario, yang dihasilkan di kawasan tinggi Bario, boleh mencecah sehingga RM28 sekilogram di bandaraya Kuching yang mengambil kira kos logistik. Dengan pengapungan harga beras tempatan ini, para petani dapat menikmati pendapatan yang lebih dan diharap terus kekal dalam aktiviti penanaman padi tradisional tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Tambahnya, perkara ini sangat penting memandangkan penghasilan padi masih rendah di Sarawak iaitu pada kadar kurang lima peratus daripada keseluruhan pengeluaran padi negara serta melibatkan kos pengeluaran padi yang tinggi.

Sehubungan itu, kementeriannya melalui Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) bersedia untuk meneroka varieti padi hibrid dari negara-negara luar yang boleh di adaptasi dengan keadaan tempatan.

Katanya, ia bagi meningkatkan pengeluaran padi dan beras sebagaimana yang telah dinyatakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pembentangan belanjawan semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan