Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam penasihat badan bertanggungjawab menerima dana berjumlah RM17 juta daripada UNIFOR untuk 126 sekolah mubaligh Sarawak. Foto: Amirah Shawel

126 sekolah mubaligh Sarawak terima peruntukan RM17 juta

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Nov: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyerahkan cek bantuan berjumlah RM17 juta keseluruhan kepada 126 sekolah mubaligh bagi Fasa 2 tahun 2023.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga menteri bertanggungjawab UNIFOR menegaskan bahawa sekolah-sekolah yang menerima bantuan perlu menggunakan dana berkenaan sebaiknya untuk kepentingan pihak berkaitan.

“Diharapkan sekolah yang telah menerima bantuan dana Sekolah Mubaligh sebelum ini dan yang akan datang agar sentiasa mematuhi setiap peraturan dalam perbelanjaan bantuan dana ini.

“Pastikan penerima bantuan melaksana projek (ditetapkan) dan disiapkan untuk kebaikan kumpulan sasaran,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik.

Beliau berkata demikian semasa Penyampaian Cek Bantuan Dana Sekolah Mubaligh Sarawak 2023 Fasa 2 di Dewan Undangan Negeri(DUN) Sarawak, hari ini.

Sebelum ini, RM3 juta dana telah diberikan kepada SMK St. Teresa, Kuching untuk Projek Pembinaan Semula Blok Dewan Serbaguna Sekolah pada 12 Julai lalu bagi Fasa 1 2023.

Jumlah dana yang diserahkan kepada enam badan bertanggungjawab ialah Anglican, Diocese of Kuching RM6,746,080 (50 cek), Roman Catholic, Archdiocese of Kuching RM4,182,520 (31 cek), Roman Catholic, Diocese of Sibu RM3,103,160 (23 cek), Roman Catholic, Diocese of Miri RM944,440 (7 cek), Methodist, Sarawak Iban Annual Conference (SIAC) RM1,079360 (8 cek) dan Methodist Sarawak Chinese Annual Conference (SCAC) RM944,440 (7 cek).

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah UNIFOR, Datu Jack Aman Luat, Penasihat Roman Catholic, Diocese of Miri, Dato Sri Lee Kim Shin, Penasihat Roman Catholic, Archdiocese of Kuching, Datuk Dr Penguang Manggil dan Penasihat Anglican, Diocese of Kuching, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan