Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PBT disaran menggazetkan infrastruktur laluan khas bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti mengemukakan permohonan pengecualian larangan daripada Kementerian Pengangkutan.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Gazet infrastruktur laluan khas bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran membangunkan serta menggazetkan infrastruktur laluan khas bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti (seperti laluan basikal) dan mengemukakan permohonan pengecualian larangan daripada Kementerian Pengangkutan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pembangunan infrastruktur berkenaan hendaklah mematuhi Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya, PlanMalaysia.

Kata beliau, kesemua elemen keselamatan serta peraturan penggunaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa perlu dipatuhi.

“(Sementara itu) Kementerian Pengangkutan melalui Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sedang merangka program penilaian tahap keselamatan bagi menjamin keselamatan kenderaan serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Hasbi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lee Chean Chung (Pakatan Harapan – Petaling Jaya) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Pada masa sama beliau memaklumkan, kajian penilaian impak turut dijalankan bagi melihat kesan ekonomi, sosial dan keselamatan ekoran pelaksanaan laluan kenderaan mikromobiliti berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan