Pasukan perubatan Palestine memberi rawatan kepada bayi pra matang yang diselamatkan dari Hospital Al Shifa ke Hospital Emirates di Rafah. Foto AFP.

Parlimen: Dewan Rakyat kenang penderitaan kanak – kanak di Gaza

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia hari ini, Dewan Rakyat mengenang kesengsaraan diharungi oleh kanak-kanak di Gaza yang menjadi mangsa perang.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesa semua pihak untuk memperbaharui tekad bagi melindungi hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak pada 1995.

Tambah beliau, ketika ini warga dunia begitu terkesan dengan konflik Palestin-Israel yang semakin meruncing.

“Sehingga hari ini, lebih 700,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal manakala lebih 4,600 terbunuh dan hampir 9,000 lagi cedera,” katanya pada pembukaan Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal – NGO

Pada masa sama, Johari turut menyeru kesemua Ahli Parlimen, ibu bapa, penjaga, para pendidik, sektor korporat dan awam serta masyarakat supaya sentiasa menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kanak – kanak dapat membesar dan bebas daripada diskriminasi, keganasan dan eksploitasi.

“Marilah kita mendoakan agar semua kanak-kanak, khususnya yang berada di Semenanjung Gaza diberikan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman”, ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan