Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan, Envato.

Lesen Terbang: Empat penguat kuasa ditahan terima rasuah RM300,000

ByBernama

KOTA KINABALU, 20 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah menahan empat anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen dan calon mengambil lesen memandu.

Menurut sumber SPRM kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang, hari ini ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah di sini.

Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2021 dan 2022 serta disyaki menerima rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen pemandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu atau dikenali ‘lesen terbang’.

Modus operandinya, anggota penguat kuasa terlibat meminta dan menerima rasuah daripada orang tengah antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu, menurut sumber itu.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan