Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para jemaah yang hadir di majlis Maulid Akbar Sarawak 1.0 di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Lebih 2,000 jemaah hadiri Maulid Akbar Sarawak 1.0

KUCHING, 20 Nov: Maulid Akbar Sarawak 1.0 menyaksikan kehadiran lebih 2,000 jemaah berkumpul untuk meraikan kemuncak Maulid Arbain yang berlangsung selama 50 hari dari 1 Rabiulawal lalu.

Menurut Koordinator Program Maulid Akbar Sarawak 1.0, Ustaz Khirelanuar Abdul Majid, pihaknya mensasarkan golongan remaja untuk menghadiri program tersebut.

Katanya, melalui penglibatan belia, ia secara tidak langsung membentuk sahsiah kerohanian dalam diri mereka sekali gus menjadi platforn kesedaran untuk mendalami Islam.

“Kita lihat sendiri bagaimana golongan belia ini duduk bersama mengikuti program, permulaannya mereka hadir pada majlis pakai baju t-shirt dan keesokan hari mereka sudah tukar pakaian.

“Selepas dia pergi ke majlis Maulid yang banyak ini dia pergi ke majlis ilmu secara tak langsung ini telah membentuk sahsiah diri kerohanian dalam dirinya,” katanya ketika ditemui media pada Maulid Akbar Sarawak 1.0 malam tadi.

Bagi Penceramah Jemputan, Habib Achmad Jamal Thoha Baagil, dirinya amat berbesar hati sekiranya masyarakat Islam di Sarawak dapat hadir ke Indonesia bagi merasai kelainan sambutan Maulid Akbar di negara mereka.

Jelasnya, kunjungan mereka itu nanti sudah pastinya akan memperkuat ukhwah persaudaraan Islamiah antara umat Islam yang ada di Nusantara.

“Tentunya saya amat bergembira apabila masyarakat atau umat Islam yang ada di negara ini turut menghadiri tabligh akbar Maulid Akbar yang kami adakan di Indonesia,” jelasnya.

Selain itu, Penceramah Jemputan, Sheikh Imran Angullia Al Hafiz berkata, mereka bercadang pada masa akan datang ingin mempersembahkan kumpulan nasyid antarabangsa yang mana antara terbaik di dunia .

Ujarnya, program tersebut sebenarnya adalah satu bentuk hiburan rohani untuk orang Islam khususnya yang tiada unsur maksiat ataupun pengaruh barat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan