Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk pembangunan pelbagai acara sukan di Sarawak menerusi Belanjawan 2024, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.Foto TVS.

DUN: RM200 juta untuk sukan, Sarawak sasar juara SUKMA 2024 – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk pembangunan pelbagai acara sukan di Sarawak menerusi Belanjawan 2024, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM69.35 juta disalurkan kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian atlit Sarawak.

Kerjasama Persekutuan, Sarawak penting bagi jayakan SUKMA 2024 – Hannah Yeoh

Jelas Abang Johari, peruntukan berkenaan antara lain akan digunakan untuk menyediakan kemudahan sukan terbaik termasuk latihan dan pendedahan kepada atlet Bumi Kenyalang untuk menyertai pelbagai pertandingan.

“Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 pada 2024.

Bola sepak SUKMA 2022 : Sarawak benam Melaka

“Pada penganjuran 1990 dan 2016 sebagai tuan rumah, Sarawak muncul juara keseluruhan dan tempat kedua.

“(Oleh itu sebagai tuan rumah kali ketiga SUKMA kelak), Sarawak menyasarkan untuk muncul juara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN)Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu Abang Johari menjelaskan, Belanjawan 2024 turut memperuntukkan RM50 juta kepada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) bagi tujuan pembangunan bakat, aktiviti dan kemudahan.

Bola sepak SUKMA 2022 : Sarawak benam Melaka

“Sejumlah RM75  juta pula diperuntukkan bagi tujuan membina kemudahan sukan yang baharu serta menaik taraf kemudahana sedia ada.

“Antara projek yang telah diluluskan ialah ‘High Performance Centre’, menaik taraf padang bola Stadium Sarawak dan menaik taraf kemudahan sukan sedia ada,” katanya.

Tambah beliau, Kampung Sukan Sarawak, padang kriket dan ragbi di Petra Jaya serta pusat wushu dijadual siap tahun hadapan.

Dalam pada itu Premier Sarawak itu memaklumkan kepada Sidang DUN sejumlah RM2 juta disalurkan bagi program pembangunan belia dan sukan serta pembangunan usahawan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan