Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

DUN: RM100 juta diperuntuk naik taraf sekolah daif di Simunjan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi menaik taraf sekolah daif  iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong, Simunjan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebanyak RM28 juta akan diperuntukkan pada tahun hadapan untuk merealisasikan matlamat itu.

“Pembinaan dijadual bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Katanya, menerusi Belanjawan 2024, sebanyak RM16 juta juga diperuntukkan untuk membiayai kos operasi dua sekolah antarabangsa negeri di Petra Jaya dan Batu 12, Jalan Kuching-Serian.

“Sekolah antarabangsa di Sarawak telah memasuki tahun kedua di Petra Jaya, Kuching dengan seramai 178 pelajar.

“Sekolah antarabangsa di Batu 12, Jalan Kuching-Serian dijadual siap pada hujung tahun ini sebelum memulakan operasi,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang telah melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah Program Dwi Bahasa Sarawak.

“Kami akan terus meningkatkan taraf  Bahasa Inggeris sambil menyediakan asas yang kukuh dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pelajar kami.

“Pada tahun 2024, sejumlah RM1.2 juta diperuntukkan untuk meneruskan program ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan