Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Program FLR memainkan peranan penting dalaman matlamat kelestarian alam sekitar Sarawak. Foto hiasan, Envato.

DUN: Peruntukan RM48 juta untuk kelestarian alam sekitar Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Nov: Sejumlah RM48 juta akan diperuntukkan untuk melaksanakan projek perhutanan seperti Program Pemulihan Landskap Hutan (FLR).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, FLR memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat kelestarian alam sekitar Sarawak.

Menurutnya, inisiatif berkenaan juga bertujuan untuk memulihkan ekologi dan meningkatkan produktiviti di samping nilai ekonomi landskap hutan melalui program seperti penanaman semula pokok.

“Selain itu, sebanyak 39 projek dalam sektor perhutanan telah dikenal pasti di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

“Daripada jumlah ini, 21 projek telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan jumlah siling kira-kira RM130 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2024 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Tambah beliau, Sarawak juga menyasarkan untuk menanam sebanyak 35 juta pokok di bawah RMK-12.

“Sehingga Ogos 2023, sejumlah kira-kira 28 juta pokok telah ditanam, manakala bagi tahun hadapan, sejumlah RM5 juta akan diperuntukkan untuk projek ini.

“Malah, Sarawak juga berhasrat agar Delta Sarawak menjadi Geopark Global UNESCO menjelang 2026,” katanya.

Kata Abang Johari, bagi mencapai hasrat ini, sebanyak RM4 juta telah diluluskan untuk melaksanakan program dan aktiviti di kawasan Geopark Delta Sarawak, seperti kesedaran awam dan penglibatan masyarakat, pembangunan infrastruktur dan rancangan pengurusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan