KUCHING, 20 Nov: Iskandar Turkeee hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Beliau memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Jepak pada 4 November lepas.
Beliau tiba di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 8 pagi ditemani isterinya, Dayang Loha Awang Sahari.
Sementara itu, Persidangan DUN hari ini akan menyaksikan lima Rang Undang-undang dibentangkan.
RUU itu ialah Rang Undang-undang Ombudsman 2023, Rang undang-undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Rumah Hijau) 2023 dan Rang Undang-undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023.
Turut dibentangkan Rang Undang-undang Elektrik (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Perbekalan 2024.
Dewan Undangan Negeri Sarawak akan bersidang bermula hari ini hingga 29 Nov. – TVS