Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet wushu negara Wong Weng Son. Foto: AFP

Weng Son raih juara dunia 2023 acara Changquan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Atlet wushu negara Wong Weng Son merangkul juara acara Changquan lelaki pada Kejohanan Wushu Dunia 2023 yang berlangsung di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Atlet berusia 31 tahun itu dinobatkan sebagai juara dunia selepas memperoleh 9.826 mata untuk mengetepikan pencabarnya dari Indonesia Seraf Naro Siregar (9.803 mata) yang meraih perak dan gangsa disambar rakan senegara Clement Ting Su Wei (9.800 mata).

Kejuaraan yang diraih atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu sekali gus mengubati kekecewaannya yang sekadar meraih perak acara sama pada edisi 2019 di Shanghai, China.

Tammy cipta sejarah raih emas pertama Malaysia di Universaide

Kali terakhir Weng Son meraih emas di kejohanan dunia adalah pada 2017 di Kazan, Rusia bagi acara Jianshu.

Lebih manis kejayaan kem negara tidak terhenti di situ apabila Su Wei turut menyumbang pingat perak bagi acara Daoshu lelaki.

Kem wushu wanita negara pula membuahkan dua perak menerusi Sydney Chin Sy Xuan dalam acara Taijijian dan dan Loh Ying Ting untuk saingan Changquan wanita.

Bekas juara dunia, Tan Cheong Min pula meraih gangsa acara Nangun wanita. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan